Pelancaran Kod Kandungan 2022 Bagi Memperkasa Ekosistem

Pelancaran Kod Kandungan dan sesi dialog khas bertujuan memupuk wacana tentang landskap kandungan yang kompleks.

Forum Kandungan telah melancarkan Kod Kandungan baharu 2022 secara rasmi, panduan komprehensif yang menggariskan amalan terbaik dan piawaian etika untuk penciptaan dan penyusunan kandungan. Pengubahsuaian kod ini adalah bukti komitmen dan dedikasi Forum Kandungan untuk memajukan landskap kandungan yang mantap dengan membangunkan standard kandungan yang mencerminkan masa dan setanding dengan amalan terbaik global.

Kod Kandungan baharu 2022 adalah hasil daripada proses meluas oleh Forum Kandungan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk orang awam serta berakhir dengan perundingan awam di seluruh negara yang dijalankan tahun lepas. Forum Kandungan mengumpul maklum balas melalui pelbagai sesi persidangan, dialog, dan menerima kira-kira 1,245 penyerahan bertulis individu.

“Perundingan bersama orang awam membantu kami mengenal pasti dan menangani beberapa kebimbangan yang telah terjadi baru-baru ini dalam industri kandungan. Kami percaya penggubalan dasar yang baik dilakukan dengan input bukan sahaja daripada pembuat dasar dan pengawal selia tetapi juga selepas rundingan dilakukan antara industri, pihak berkepentingan dan orang awam. Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mengambil bahagian,” kata Mediha Mahmood, Pengarah Eksekutif Forum Kandungan.

Rombakan ini bertujuan untuk menyumbang secara signifikan sebagai garis panduan bagi menangani pelbagai isu dan mencetuskan perbualan penting dalam kalangan pengguna hari ini, termasuk eksploitasi agama dalam produk pengiklanan, laporan etika bunuh diri di berita, menangani iklan mengelirukan yang disokong oleh influencer dan mengelakkan tekanan.

Kod Kandungan 2022 telah didaftarkan secara rasmi dan berkuat kuasa pada 9 Jun 2022 dan boleh didapati di SINI.

Maklumat lanjut tentang Forum Kandungan dan Kod Kandungan layari cotentforum.my

Scroll to Top