5 Tempat Makan yang Terbaik dan Tersembunyi di Penang

Mencari tempat makan di Penang?

Pulau Pinang sememangnya syurga makanan. Sebut sahaja nasi kandar, pesembur, cendol, rojak – Semua ini ada di sana dengan kesedapan yang boleh buat anda kecur perut. Tapi, timbul satu masalah kerana anda perlu beratur panjang sebelum dapat merasai semua ini lebih-lebih lagi pada cuti umum. Letih nak beratur? Mahu jimat masa? Nah! Berikut kami cadangkan 5 tempat makan tersembunyi yang boleh buat anda menjilat jari.

  1. Queensbay Pan Mee @ Uncle Kin

Restoran Pan Mee yang paling terkenal di Pulau Pinang, dimana ianya bermula dengan permulaan yang sederhana, mempunyai beberapa gerai penjaja yang tersebar di sekitar pulau itu kemudian telah memindahkan operasinya ke medan selera. Dari Queensbay ke Gurney Paragon dan Raja Uda, francais ini telah berjaya mencapai puncak dan di hati penduduk Penang. Harganya juga yang murah iaitu RM 6.90 untuk Cili Pan Mee mereka, dan pelanggan dapat menikmati serbuk kasar cili kering jenama Uncle Kin yang memang sedap dan cukup rasa.

  1. Nasi Campur Awet Muda

Di Restoran Nasi Campur Awet Muda, anda dapat memuaskan selera Melayu dengan menikmati pelbagai jenis gulai dimasak pekat seperti gulai ikan sembilang, gulai itik, gulai kijang dan gulai kawah. Baunya sahaja dah memanggil-manggil. Selain itu, sup daging restoran ini juga tak kurang sedapnya, rasanya bertambah mengancam bila diperahkan limau. Terliur dengar? Ulam-ulaman dan masakan gorengnya juga cukup banyak. Variasi ikan bakar juga boleh diperolehi disini Bersama air asam sebagai pencicah. Boleh kenyang melihat pilihan makanan yang ada. Bagaimana pula dengan rasanya? Mustahil untuk jumpa yang tak sedap.

  1. Nasi Ayam Misai, Kompleks Bukit Jambul
Sumber: FB Nasi Ayam Misai

Nasi Ayam Misai adalah satu hidangan yang agak terkenal di Penang. Mesti anda tertanya-tanya, apa dia nasi ayam misai ni? Ia sebenarnya tidak jauh beza daripada nasi ayam hainan. Namun, apa yang membezakan nasi ayam misai dengan yang lain adalah kerana keunikan rasa kicapnya. Dengan rasa yang agak manis, apabila dinikmati bersama dengan nasi ayam, berganda-ganda kelazatannya. Yang uniknya lagi, anda boleh memilih sama ada ingin makan dengan nasi putih biasa ataupun nasi goreng. Tak cukup sepinggan sebab sedap sangat? Anda boleh tambah nasi dengan harga yang sangat murah.

  1. Ikan Bakar Adnan bin Hassan, Teluk Tempoyak

Sekiranya anda inginkan destinasi ikan bakar yang berbaloi di Penang untuk makan malam, anda boleh ke Adnan Bin Hassan Ikan Bakar. Satu nama kedai yang sangat unik menggunakan nama penuh siap dengan ‘bin’. Seperti biasalah, menu-menu & jenis masakan ikan bakar mungkin bukannya sesuatu yang asing untuk kita dengari. Walaupun kedai makannya bukanlah mewah seperti restoran di hotel, tetapi destinasi ini terkenal di kalangan pelancong kerana menghidangkan masakan dengan menggunakan seafood yang sedap, segar & harganya juga murah. Lokasinya juga di tepi laut & pengalaman makan menu ikan bakar dalam suasana begini pasti akan membangkitkan lagi keindahan ketika bersantapan bersama keluarga.

  1. The Storyteller’s Cafe, Lebuh Keng Kwee
Sumber: Google Maps

The Storyteller’s Cafe café ni sebuah café yang berkonsepkan filem fantasi. Jadi, kalau datang sini anda boleh rasa berada di dalam cerita Harry Potter, Alice In The Wonderland, Sherlock Holmes dan macam-macam lagi. Anda harus merasa Butter Beer di kedai ini. Minuman yang manis, berbuih dan menyegarkan ini, tidak menghairankan, pilihan popular peminat Harry Potter yang mencubanya! Sesuai untuk menghilangkan dahaga anda dan berehat dari semua perjalanan yang telah anda lakukan, biarkan minuman itu membawa anda ke The Three Broomsticks di Hogsmeade. Jangan risau, kedai ini mempunyai sijil halal dan butter beer adalah sejenis minuman yang tidak beralkohol. Tetapi bukan itu sahaja! Mereka juga menyajikan hidangan lain yang boleh anda nikmati antaranya, wafel Sherlock Holmes dan wafel Aiskrim Medusa. Adakah peminat detektif cemerlang dan mitologi Yunani boleh bergembira dengan pencuci mulut ini?

Scroll to Top